Tuesday, April 8, 2014

HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat ini merupakan kisah yang menceritakan perihal Munshi Abdullah yang menjurus kepada aspek-aspek kehidupannya. Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu. Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munshi Abdullah dan diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak. Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu. Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal hukuman yang dijalankan di tempat beliau menunut ilmu. Selain itu, bahagian ini menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya. Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini iaitu kisah orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farqhuar yang ingin merobohkan kota Melaka. Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris.dalam bahagian ini, Abdullah telah memepersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson, permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta halangan-halangan yang dihadapi olehnya. Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah. Permulaan bahagian ini menceritakan tentang bantuan yag diberikan oleh paderi Milne kepadanya. Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam percetakan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan pengambilahilan kuasa oleh Inggeris . Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselangselikan dengan kisah pemberontakan antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan tentang pembukaan Raffles Institution, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris, kisah mengenai kongsi gelap, syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning. Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan lawatannya ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau mepersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada pandangan kita di zaman ini. Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselangseli dengan kisah yang berlaku semasa hayatnya. Selain itu, bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi rujukan kepada masyarakat zaman ini.


Monday, April 7, 2014

Khazanah bangsa: Karya Agung

MAKSUD KARYA AGUNG

KARYA AGUNG 
KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.

KARYA AGUNG MELAYU 
KARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini, dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.

KARYA AGUNG DUNIA MELAYU
KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang lain. Terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam bangsa berkenaan sebagai karya agung, antaranyaNagarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini jika sesuai dengan takrif Yayasan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasaan untuk dikaji, diperkenalkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.

sumber internet (Yayasan Karyawan) dipautan ini: 
http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1

Saturday, April 5, 2014

BAHASA DAN TAUHID : WARISAN RAJA ALI HAJI

BAHASA DAN TAUHID: WARISAN RAJA ALI HAJI











Oleh: Nuim Hidayat
Pada bulan Julai 2009 lalu, saya berkunjung ke Malaysia. Bukan main gembiranya ketika di sana saya mencari buku Raja Ali Haji,  Bustan al Katibin . Buku ini saya dapatkan dari Prof Wan Daud dari ruang kerjanya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini asalnya dalam bahasa Arab Melayu dan kemudian dialihbahasakan dalam bahasa Melayu oleh Prof Hashim bin Musa dari Universiti Malaya. Menurut pengakuannya, ia mendapat naskah asal buku ini dari Universiti Leiden.

 Buku tentang bahasa Melayu ini ditulis tahun 1850M. Menurut Prof. Hashim kitab ini merupakan   tulisan paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh orang Melayu. Lapan tahun kemudian (1858 M), Raja Ali Haji juga menulis tentang bahasa Melayu, iaitu  Pengetahuan Bahasa: Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau dan Lingga.  "Sesungguhnya karya-karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji ini merupakan warisan yang amat berharga yang menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula sejak zaman awal Islam lagi, "terang Prof Hashim yang memberi pengantar dan memperkenalkan kitab ini.  (Bustan al Katibin, Raja Ali Haji, 2005: xiii).

 Dalam Islam, memang ada keterkaitan yang dalam antara pemahaman bahasa atau ilmu dengan pentauhidan kepada Allah. "Dalam Islam, pengajian bahasa khususnya bahasa Arab dan bahasa penganut Islam yang lain, merupakan ilmu alat untuk mencapai makrifat iaitu mengenali Allah dan seluruh kewujudan, memperteguh keimanan dan ketakwaan, dan menyemai adab kesopanan yang mulia, yang mengandungi antara lain ilmu-imu nahwu ( sintaksis), sharaf (morfologi), qawaid (bahasa), mantiq (logik), balaghah (retorik), istidlal (pendalilan), kalam (penghujahan) dan sebagainya, "ungkap Prof. Hashim.

 Dalam kitabnya Bustanul Katibin ini, Raja Ali Haji memulakan dengan Muqaddimah dengan judul  Fi Fadhilati al ilmu wal aqlu  (Kelebihan Ilmu dan Akal). Pertamanya. ia mengutip hadis Rasulullah yang terkenal: "Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka ia diberi pemahaman kepada ilmu agama (ad diin)." Kemudian Ali Haji menyatakan: "Adapun kelebihan akal itu seperti kata hukama  husnu Haliah,  artinya akal itu sebaik-baik perhiasan. Dan lagi kata hukama  al fadhlu bil aqli wal adabu la bil ahli wan nasabi,  artinya kelebihan itu (pada) akal dan adab dan tiada (bukan) sebab bangsa dan asal. "Maka, terangnya,  "Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperolehnya. "

 Di sini, Ali Haji mengaitkan hubungan yang erat antara ilmu, akal dan adab.   Ertinya agar akal dan adab seseorang, masyarakat atau bangsa menjadi baik (menjadi unggul), maka mesti diberi ilmu yang benar. Lebih tegas lagi, Ali Haji menyatakan:  "Man sa'a ​​Adabahu dha'an nasbahu,  artinya barangsiapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya. "

 Selain itu, ulama, penasihat raja dan sasterawan dari Riau ini juga menjelaskan tentang tanda-tanda orang berakal.  Ia mendedahkan: "Dan lagi kata Hukama, bermula itu akal  basra'atul fahm , artinya, tanda berakal segera faham dan tahratul aqlu husnul ikhtiar wa dalil li tahu sahbatul ikhtiara,  artinya buah akal itu membaikkan ikhtiar, dan tandanya bersahabat dengan orang yang pilihan daripada orang yang baik-baik. "

 Kemudian, Ali Haji menunjukkan hubungan ilmu dengan kalam (kalimat / bahasa). "Adapun kelebihan ilmu wal kalam amat besar sehingganya mengatan setengah hukama, segala pekerjaan pedang boleh diperbuat dengan qalam. Adapun pekerjaan-pekerjaan qalam tidak boleh diperbuat dengan pedang, maka ini ibarat yang terlebih sangat nyatanya.   Dan beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus, dengan  seguris  qalam jadi tersarung, terkadang jadi tertangkap dan terikat dengan pedang sekali. "

 Ali Haji menerangkan, apabila seseorang sudah mengetahui kelebihan ilmu, maka ia harus memelihara adab dan syaratnya. "Adapun syaratnya itu, iaitu antara nafsumu dengan dirimu sendiri. Adapun adabnya itu antaramu dan gurumu. "Lebih lanjut ia menjelaskan lima syarat kejayaan menuntut ilmu:" Pertama,  al himmat , ertinya bersungguh-sungguh hal yang kuat pada hati pada berkehendak mendapat akan ilmu itu. Kedua,  al mudarasah , artinya kuat  mendaras  (mengulang), meskipun sudah dapat akan mafhumnya, hendaklah didaras juga mana-mana ilmu yang sudah dibaca itu. Ketiga,  muzakarah,  artinya menyebut-nyebut ilmu itu pada yang bersama-sama menuntut mengaji sertanya, barangkali sahabat kita itu lupa atau kita sendiri pun lupa juga. Maka tatkala dibawa beringat-ingatan itu menjadi menjadi bertambah-tambah ingatnya. Kelima,  mutala'ah,  ertinya menilik pada ilmu yang sudah kita kaji itu serta memikirkan maknanya dan memikirkan mafhumnya, maka jika dapat maka iaitu yang dituntut.   Dan lagi tersangkut pada fikiran kita itu sama ada pada maknanya atau mafhumnya ingatkanlah baik-baik pada tentang yang kita tersangkut itu. Apabila berjumpa dengan sahabat kita yang sama pengajian dengan kita itu, maka kita tanyalah kepadanya.   Maka jika sahabat kita tiada juga boleh menguraikan barang yang kita tersangkut, maka kembalilah pada guru kita bertanyakan yang kita musykilkan itu, insya Allah Taala hasillah maksud kita adanya. "
 Menurut Prof. Syed Mohammad Naquib al Attas yang kemudian diikuti oleh Prof. Braginsky (1989,1993), pekerjaan kalam-istilah yang merujuk pada kegiatan penulisan-adalah tonggak kebudayaan Melayu, yang mengakar umbi selepas kedatangan Islam ke rantau ini.   Menurut beliau, di bawah pengaruh Islam, orang Melayu mula sedar tentang kewujudan sastera sebagai satu entiti yang utuh, yang menjadi sebahagian integral hidup mereka  (lihat Prof. Ungku Maemunah Mohd Tohir, Kritikan Sastera Melayu, Antara Cerita dan Ilmu, 2007).

 Ulama terkemuka Melayu lain, Syeikh Ahmad al Fathani (1856-1908 dari Pattani) juga pernah menghantar surat kepada Sultan Zainal Abidin, Sultan Trengganu, agar sultan-sultan berperanan aktif dalam menyebarkan ilmu di masyarakat. Ia menulis: "Aku berharap semoga bangsa Melayu dapat maju dengan pimpinannya dan dapat mencapai kemuncak peradaban kesejahteraan. Aku berharap semoga baginda berkenan menyebarkan ilmu, makrifat dan petunjuk. Lalu baginda menjadi kegembiraan dan rakyat mendapat kejayaan. Agar mereka dapat membukukan bahasa Melayu. Kerana aku bimbang ia akan hilang atau dirosakkan oleh perubahan yang berlaku dari masa ke masa. Begitu pula hendaklah mereka mengarang sejarah Melayu yang meliputi segala perihal orang Melayu. Kalau tidak, mereka nanti akan hilang dalam lipatan sejarah. Wahai para cerdik pandai. Hidupkanlah sejarah bangsamu. Dengan itu kamu akan disebut dalam sejarah dan namamu akan harum sepanjang masa.  (lihat plakat Khazanah Fathaniyah oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah).
 Bahasa dan Tauhid

Raja Ali Haji sebagai peletak dasar bahasa Melayu ini patut untuk direnungkan. Yang membezakan antara Raja Ali Haji dengan tokoh-tokoh bahasa Melayu / Indonesia sekarang adalah terikat atau lepasnya belajar bahasa dengan kewujudan pencipta (sang Khaliq yang mencipta mulut dan otak manusia). Bila Ali Haji sangat menekankan hubungan yang erat antara bahasa, akal dengan pengakuan adanya Allah SWT, maka saat ini pelajaran bahasa cenderung bersifat sekular. Yakni, seperti yang diungkapkan Gorrys Keraf, bahasa berfungsi sebagai alat untuk mengekspresikan diri, alat untuk berkomunikasi, alat untuk integrasi atau adaptasi sosial dan alat untuk melakukan kawalan sosial.

Pelajaran bahasa yang membebaskan manusia dari penciptanya, maka menjadikan bahasa itu digunakan seenaknya. Hilang adab berbahasa. Maka muncullah kemudian bahasa-bahasa atau kata-kata yang tidak bermutu, termasuk dalam hal ini kata-kata porno, kata-kata kasar dan lain-lain. Dan inilah yag membezakan antara Raja Ali Haji dan tokoh-tokoh ahli bahasa Islam dengan tokoh-tokoh lain.

Kerana itu para ulama kita betul-betul memikirkan tentang penggunaan kata. Misalnya ketika para ahli pendidikan Islam dulu melancarkan kata murid. Mereka berharap bahawa anak-anak yang disebut murid itu dijangka mempunyai cita-cita, mempunyai kehendak menjadi lebih baik dan seterusnya. Sebab murid berasal dari kata Arab araada-yuriidu-muriidan.  Malangnya kini kata itu pelan-pelan dihapuskan digantikan dengan kata pelajar. Entah siapa yang memulakan, tapi kemungkinan diambil dari kata Taman Siswa Ki Hadjar Dewantoro, tokoh pendidikan Indonesia yang pernah lama belajar di Belanda.

Begitu juga dulu para ulama memperkenalkan bahasa Melayu / Indonesia dengan tulisan Arab Melayu atau Arab Jawi. Mereka berharap agar masyarakat terbiasa dengan huruf Al Qur'an. Tapi pelan-pelan huruf Arab ini pun dihapuskan, diganti dengan huruf Latin. Sehingga tidak banyak sekarang para pelajar yang mempunyai kemampuan menulis atau membaca huruf Arab Melayu. Padahal banyak karya ulama atau intelektual kita dulu tertulis dalam bahasa Arab Melayu. Para pelajar pun banyak yang diputus pelajarannya dari karya-karya ulama dulu, diganti dengan buku-buku masa kini yang kebanyakan 'menciplak dari pakar-pakar Barat'.

Pelajaran bahasa kini kebanyakan 'otak atik kata dan fakta' dan kering dari nasihat. Sukar bagi kita mencari lagi pakar bahasa yang nasihatnya sangat berharga dan mendalam seperti Raja Ali Haji dalam Gurindamnya ini:
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. *

(Lihat juga Majalah Hidayatullah, Oktober 2012).

sumber:  http://empatserangkai445.blogspot.com/2013/05/bahasa-dan-tauhid-warisan-raja-ali-haji.html

Friday, April 4, 2014

Sastra Melayu Klasik

Sastera Melayu Klasik sememangnya berkait rapat dengan karya agungSastra Melayu Klasik adalah sastra lama yang lahir pada masyarakat lama atau tradisional yakni suatu masyarakat yang masih sederhana dan terikat oleh adat istiadat.

Sifat Sastra Melayu Klasik :
  • Komunal, milik bersama
  • Anonim, umumnya tidak diketahui pengarangnya
  • Kurang dinamis, perubahannya sangat lamban jika dilihat dari sudut pandang masyarakat sekarang.
  • Kurang rasional, kejadian-kejadian yang digambarkan tidak masuk akal.
  • Istana Sentris, isi ceritanya berkisar pada kehidupan keluarga lingkungan istana.
  • Didaktis, memberikan pendidikan kepada pembaca baik secara moral maupun religius.
  • Simbolis, cerita yang disajikan dalam bentuk perlambang.
  • Tradisional, mempertahankan kebiasaan atau adat istiadat
  • Klasik imitatif, kebiasaan tiru-meniru yang turun-menurun.
  • Universal, dapat berlaku dimana saja, kapan saja, siapa saja.

Unsur-unsur Intrinsik Dalam Sastra Klasik Melayu
Sastra Kelasik Melayu memiliki unsur-unsur intrinsik yaitu Tema, Alur, Latar, Penokohan/Perwatakan dan Amanat.

Karakteristik atau Ciri-ciri Khusus Sastra Klasik Melayu
  • Dimulai dengan menceritakan asal-muasal tokoh utama.
  • Tokoh utama hidup ditengah-tengah rakyat atau merakyat.
  • Diceritakan secara lisan dari mulut ke mulut.
  • Tidak diketahui tahun awal munculnya cerita.
  • Tidak diketahui siapa pengarangnya.
  • Umumnya dimulai dengan kata-kata "hatta, syahdan, arkian, alkisah, atau sebermula".
  • Sangat kental dengan pengaruh Islam.

Jenis-jenis Satra Klasik Melayu
FABEL

Fabel adalah suatu cerita atau dongeng yang pelakunya binatang yang berprilaku seperti manusia.

LEGENDA
Legenda adalah cerita yang dikaitkan dengan kepercayaan suatu daerah tentang asal muasal terjadinya sesuatu.

MITE
Mite adalah cerita yang mempunyai latar belakang sejarah, dipercayai oleh masyarakat sebagai cerita yang benar-benar terjadi, dianggap suci, banyak mengandung hal-hal yang ajaib, dan umumnya ditokohi oleh dewa.

SAGE
Sage adalah cerita yang mengandung sejarah, tetapi juga tidak terlepas dari fantasi dan imajinasi agar lebih menarik.

HIKAYAT
Hikayat adalah cerita yang sumbernya berasal dari kisah-kisah kehidupan raja atau dewa.

CERITA JENAKA
Cerita Jenaka adalah cerita yang didalamnya mengandung unsur komedi atau humor.

Sumber: http://www.tamadunmelayu.info/2011/07/sastra-melayu-klasik.html