Tuesday, April 8, 2014

HIKAYAT ABDULLAH

Hikayat ini merupakan kisah yang menceritakan perihal Munshi Abdullah yang menjurus kepada aspek-aspek kehidupannya. Permulaan hikayat ini menceritakan kelahiran Abdullah yang dimulakan tentang serba sedikit latar belakang ahli keluarganya, sejarah susur galur keturunannya, kisah bapanya yang juga merupakan seorang pengarang suatu masa dahulu. Dalam bahagian permulaan juga diceritakan tentang kisah kelahiran Munshi Abdullah dan diteruskan dari zaman sewaktu beliau masih bayi sehingga ke peringkat kanak-kanak. Seterusnya, hikayat ini menceritakan tentang permulaan Abdullah Munsyi menuntut ilmu. Pada peringkat ini diceritakan tentang beliau mula belajar menulis dan menuntut ilmu daripada bapanya serta beberapa orang guru. Pelbagai pengalaman telah dilaluinya dalam mendalami ilmu membaca, menulis dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan perihal hukuman yang dijalankan di tempat beliau menunut ilmu. Selain itu, bahagian ini menceritakan kisahnya yang telah membantu seorang nakhoda menulis surat perjanjian berhutang. Bermula dari perkara tersebut, Abdullah mula menunjukkan minat dalam bidang penulisan walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya. Hikayat ini diteruskan dengan bahagian permulaan Abdullah mengarang. Dalam bahagian ini, beliau menulis perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. Pelbagai cerita yang telah tercatat pada bahagian ini. Antara cerita yang tercatat olehnya pada bahagian ini iaitu kisah orang-orang Inggeris yang diketuai oleh Farqhuar yang ingin merobohkan kota Melaka. Beliau telah menceritakan tentang kebaikan pemerintah Inggeris.dalam bahagian ini, Abdullah telah memepersoalkan masyarakat Melayu yang kurang mengambil berat tentang pendidikan serta membandingkan golongan wanita pada waktu itu. Selain itu, bahagian ini turut menceritakan tentang kisah Inggeris hendak menyerang Tanah Jawa, kisahnya yang mula belajar bahasa Inggeris, perihal orang Melayu yang sezaman dengannya yang dimomokkan dengan perkara tahyul, kisah Abdullah yang bersama paderi Thomson, permulaannya sebagai seorang penterjemah dan permulaan pendidikan awal Inggeris serta halangan-halangan yang dihadapi olehnya. Bahagian hikayat ini turut menceritakan tentang perkahwinan Abdullah. Permulaan bahagian ini menceritakan tentang bantuan yag diberikan oleh paderi Milne kepadanya. Dalam bahagian ini diteruskan dengan pembukaan pusat pengajian dan usahanya dalam percetakan huruf-huruf. Bahagian ini turut menceritakan tentang pengambilalihan Melaka dari pihak Inggeris kepada Belanda, kisah pembentukan pemerintahan Singapura dan pengambilahilan kuasa oleh Inggeris . Kisah tersebut diteruskan dengan pembunuhan Sayid Yassin, seorang ahli perniagaan Melayu dan diselangselikan dengan kisah pemberontakan antara orang Melayu Melaka dengan orang Temenggung. Abdullah turut menceritakan tentang pembukaan Raffles Institution, hubungan persahabatan Siam dengan Inggeris, kisah mengenai kongsi gelap, syair Singapura terbakar dan kisah orang Inggeris menyerang Naning. Bahagian seterusnya menceritakan perihal Abdullah yang telah menjadi pengarang besar. Dalam bahagian ini beliau menceritakan tentang kisah-kisah lawatannya. Berdasarkan lawatannya ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, beliau mepersoalkan kelebihan dan kekurangan masyarakat yang hidup di kawasan tersebut. Bahagian ini turut menceritakan sedikit tentang lawatannya ke tanah suci dan detik-detik akhir riwayat hidupnya. Bahagian berikutnya merupakan pandangan Abdullah terhadap masyarakat pada zamannya yang hidup dalam keadaan kucar kacir dan mempersoalkan ketidakadilan pembesar dan raja pada waktu itu. Bahagian terakhir dalam hikayat ini memperihalkan tentang Abdullah pada pandangan kita di zaman ini. Dalam bahagian ini menceritakan bagaimana beliau mengisahkan perjalanan hidupnya yang diselangseli dengan kisah yang berlaku semasa hayatnya. Selain itu, bahagian ini menjurus kepada pandangan Abdullah terhadap bangsanya sendiri dan usahanya dalam membangunkan ilmu bahasa Melayu bagi menjadi rujukan kepada masyarakat zaman ini.


No comments:

Post a Comment